Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Hubungan rapat pemangkin mencapai kesejahteraan, kemakmuran bersama
30/04/2024

hm_3004241.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berangkat menghadiri Majlis Santap Pagi yang dihoskan oleh President of the Senate of the Kingdom of Cambodia, Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen yang berlangsung di Rosewood Phnom Penh Hotel. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berada di Phnom Penh bagi menghadiri Kunjungan Muhibah bersama Tuan Yang Terutama, yang antara lainnya mencerminkan keakraban hubungan yang mesra antara Kedua-dua Pemimpin Negara Brunei Darussalam dan Kemboja yang sudah sekian lama terjalin, di mana hubungan akrab ini akan terus dijadikan sebagai pemangkin dalam mencapai kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 

Juga hadir pada Majlis Santap Pagi tersebut ialah Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perkhidmatan Awam, Kemboja, Tuan Yang Terutama Hun Many dan Head of General Department of Research and Intelligence, Ministry of National Defence, Leftenan Jeneral Hun Manith. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​